Sepanjang M1M, PPMK akan menganjurkan tujuh pertandingan.. Tujuh? Ya, tujuh pertandingan yang ada di antaranya terbuka kepada semua ahli, dan ada yang di antaranya terbuka kepada batch.. Jangan ketinggalan kerana ini M1M merupakan BATCH WAR! So, bersiap sedia lah anda!
Semua info akan diberi melalui email..Banyak jugak melalui blog ini.. So, stay tuned!
Pertandingan-pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian:
i) Bahagian A: Pertandingan sebelum Hari Kemuncak M1M
ii) Bahagian B: Pertandingan pada Hari Kemuncak M1M
Sebagai permulaan, bersama dengan emel ini kami lampirkan butiran untuk pertandingan Bahagian A dan Bahagian B.Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan persediaan rapi bagi setiap pertandingan yang akan dijalankan. Sistem Batch Wars akan digunapakai untuk setiap pertandingan dalam Bahagian B. Oleh itu, setiap batch wajib menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan.
Semoga aktiviti ini dapat dijadikan medium oleh setiap ahli PPMK untuk melepaskan tekanan belajar melalui aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Semoga perpaduan dan persaudaraan juga dapat dieratkan lagi di antara ahli-ahli PPMK.
Pertandingan M1M
Bahagian A
1. Pertandingan Menggubah Lagu
a) Tema: bebas tetapi seboleh-bolehnya merangkumi aspek kebudayaan atau bercirikan satu Malaysia (Isu-isu sensitif adalah dilarang)
b) Peserta dikehendaki untuk menghantar demo yang minimumnya 1 minit dan maksimumnya 3 minit melalui email dalam tempoh sehingga 7 April 2011 (sebelum pukul 11.59pm). *
2. Pertandingan Fotografi
a) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
b) Tema: Potrait berwarna hitam putih yang menggambarkan budaya dan kesenian tradisional Malaysia.
c) Peserta dikehendaki menghantar penyertaan melalui email dalam tempoh sehingga 7 April 2011 (sebelum pukul 11.59pm). *
3. Pertandingan Cerpen
a) Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
b) Tema: Bebas dan mengandungi unsur-unsur kebudayaan dan keperibadian sesuatu kaum (Isu-isu sensitif adalah dilarang)
c) Peserta mesti mengikuti syarat-syarat seperti berikut:
- Tajuk (Arial, 14, Bold)
- Isi kandungan (Arial, 11, normal)
- Nama peserta, batch
- Minimum dua (2) mukasurat, maksimum tiga (3) mukasurat
d) Peserta dikehendaki menghantar penyertaan melalui email dalam tempoh sehingga 7 April 2011 (sebelum pukul 11.59pm). *
4. Kuiz 1Malaysia
a) Kuiz akan dijalankan dari 4 April 2011.
b) Setiap hari 5 soalan akan dikeluarkan di blog M1M dan para peserta dikehendaki untuk mengumpulkan semua soalan dengan jawapan yang betul dan hantarkan melalui email pada 8 April 2011 (sebelum pukul 11.59pm). *
*Sesiapa yang menghantar pernyertaan selepas tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya. Keputusan pertandingan adalah 20% menerusi undian ahli-ahli PPMKdan 80% lagi menerusi permarkahan dari pihak juri.
Bahagian B
1. Pertandingan berbalas pantun **
a) Setiap batch mesti menghantar satu penyertaan sahaja.
b) Pertandingan dijalankan secara pusingan kalah-mati.
c) Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.
d) Peraturan pertandingan adalah seperti yang berikut:
- Satu kumpulan terdiri daripada tiga (3) peserta.
- Setiap peserta hendaklah menjual pantun kepada pasukan lawan.
- Masa selama seminit akan diberikan untuk peserta membeli pantun yang telah dijual.
- Setiap satu pusingan akan menggunakan dua tema.
- Tema pertama adalah kebudayaan dan tema kedua berbentuk isu semasa.
- Hanya jenis pantun empat kerat sahaja boleh digunakan.
- Isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali.
- Mana-mana kumpulan yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.
2. Pertandingan Permainan Tradisional **
2.1. Lelaki – Baling selipar
e) Setiap batch mesti menghantar satu penyertaan sahaja.
f) Pertandingan dijalankan secara pusingan kalah-mati.
g) Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.
h) Peraturan pertandingan adalah seperti yang berikut:
- Satu kumpulan terdiri daripada enam (6) orang peserta.
- Pemenang akan ditentukan oleh kumpulan yang Berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut dan akan diberi markah.
- Mana-mana kumpulan yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.
2.2 Perempuan – Kabaddi
a) Setiap batch mesti menghantar satu penyertaan sahaja.
b) Pertandingan dijalankan secara pusingan kalah-mati.
c) Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.
d) Peraturan pertandingan adalah seperti yang berikut:
- Satu kumpulan terdiri daripada tujuh (7) orang peserta.
- Mana-mana kumpulan yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan akan dibatalkan penyertaannya.
3. Pertandingan Sketsa 1Malaysia **
a) Tema: kebudayaan dan kemasyarakatan (isu-isu sensitif adalah dilarang).
b) Setiap batch perlu menghantar satu penyertaan sahaja.
c) Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.
d) Peraturan pertandingan adalah seperti berikut:
- Setiap batch boleh menghantar penyertaan berkumpulan (maksimum lima orang) atau persembahan solo.
- Setiap persembahan adalah persembahan bebas tetapi perlulah memberi gambaran tentang masyarakat majmuk di Malaysia.
- Persembahan yang mempunyai unsur-unsur jenaka dan lawak adalah sangat digalakkan.
- Masa yang diberikan untuk setiap persembahan adalah 10 minit maksimum dan 7 minit minimum. Jika peserta memerlukan masa untuk penyediaan prop dan kelengkapan serta peralatan persembahan, masa tambahan 3 minit akan diberikan.
**Setiap pemenang dalam M1M bagi semua pertandingan akan menyumbang markah kepada batch masing-masing (Batch War). Pemenang akan menerima hadiah dah sijil.