Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Cerpen #1

Anis Abdullah
Batch 9


TIGA JAGUH



“Hidup jaguh kampung kita!”.Aku berteriak penuh semangat sambil mengangkat tangan Wadi dan menjulangnya hingga melewati paras kepala.

     Wadi tersenyum bangga sambil mempamerkan gigi rongaknya. Menurut Wadi, dua batang giginya patah ketika perlawanan bola sepak dengan budak kampung seberang. Ceritanya,dia berjaya mengelecek bola hingga ke kotak penalti, tetapi sebelum sempat menyepak bola di kakinya, dia dirempuh oleh pemain lawan.Akibatnya, dia bukan sahaja gagal menjaringkan bola,malah kehilangan dua batang giginya. Menurutnya lagi, dendamnya terhadap budak-budak kampung seberang itu masih belum padam.”Aku mesti tewaskan jaguh kampung seberang”, teriak Wadi penuh semangat.

      Cuaca panas awal bulan Mac hari itu turut membakar semangat kami.Angin yang bertiup dari Banjaran Titiwangsa tidak dapat meredakan perasaan kami.Sawah yang terbentang meluas dengan pokok padi menghijau dan melambai-lambai ditiup angin tidak lagi menarik perhatian.Semuanya tidak dapat meredakan semangat yang berkobar-kobar dalam dada kami untuk mengalahkan kampung seberang.

“Jom!Kita bertolak sekarang!”ajak Wadi kepada kumpulan penyokong setianya .

“Tunggu dulu.Macam ada benda lain yang tertinggal!”teriak Basit sambil memandangku. Mana kamera tu Farid?”aku mengeluarkan sesuatu dari beg sandang.”Aku tak lupalah bawa benda ni.Percayalah perlawanan ini akan jadi kenangan kita sepanjang hayat”.

“Aku rasa ada satu lagi benda yang tertinggal”, kata Raju pula dengan wajah yang serius gaya PK Hem memberi ceramah kepada para pelajar.

“Maksud kau air masak?”Tanya Wadi.Mustahil benda itu boleh tertinggal.

“Ada kat tangan aku ni.” jawab Bobon sambil mengangkat bekas berisi air minuman.

“Maksud aku senjata kita.”Raju cuba mengingatkan senjata paling popular di kalangan anak-anak kampung seperti kami.”Aku rasa baik kita bawa lastik dengan peluru batunya sekali siap-siap”.

‘Kita nak menyaksikan perlawanan tinju bukannya nak melastik burung”, jawab Arif pula.”Lagipun,aku dah tak mahu menyiksa burung.Mereka pun makhluk yang perlu dilindungi”.

“Maksud aku begini”,kata Raju dengan nada suara yang lembut.”Jika kita diserang oleh budak kampung seberang,kita boleh guna senjata yang ampuh itu untuk ajar mereka.”

“Aku tak setuju.Kalau kena mata, boleh buta tahu tak?”, aku pula membantah.

“Baiklah”,ujar Raju.Akhirnya kami mencapai kata sepakat tidak membawa senjata itu.Malah kami juga bersepakat untuk tidak lagi melastik burung.Lebih baik kami bermain bola sepak.Siapa tahu kami mungkin mewakili negara suatu hari nanti.

“Ayuh kita bertolak sekarang,”,gesa Wadi seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertarung dengan lawannya itu.Kami pun bergerak menuju kampung seberang yang letaknya tidak jauh dari kampung kami.Kedua-dua kampung hanya dipisahkan oleh ladang getah di sebelah darat dan sawah padi di sebelah baruh.Kalau berjalan kaki,boleh ikut jalan pintas yang hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Kalau menaiki kenderaan, tentulah perjalanannya lebih pantas. Namun untuk perjalanan menebus maruah ini,kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki.Di sepanjang perjalanan itu, kami menyanyikan lagu “Malaysia Berjaya” diselang-seli dengan teriakan “kita boleh” dan “yakin boleh” hingga ada yang suara berubah menjadi serak.Sakit tekak barangkali.

     Apabila sampai di tempat yang dijanjikan,iaitu di satu kawasan padang rumput berhampiran dengan sebatang sungai,kelihatan budak-budak kampung seberang sudah menunggu.Sebuah gelanggang tinju telah pun disediakan.Tali yang biasanya digunakan untuk mengikat lembu atau kerbau,diikat pada empat batang pokok dan terbentuklah sebuah gelanggang tinju.Penonton kelihatan berkumpul membentuk satu bulatan besar mengelilingi gelanggang.

“Kali ini giliran kita mengalahkan mereka di gelanggang tinju.Dan mereka akan menjadi bahan sendaan kita”suara Bobon didengar oleh budak-budak kampung seberang.

Ah Meng,ketua mereka menjawab,”Lupakan saja keyakinan kamu itu. Kami bukan sahaja hebat di dalam gelanggang,malah kami juga hebat kalau berlawan dengan kamu semua di luar gelanggang”

      Kami berpandangan sesama sendiri sambil menahan perasaan marah.Melihatkan keadaan itu,Ah Meng terus menunjuk lagak berani di hadapan penyokong-penyokongnya. Memang tidak dinafikan,melihat susuk badan Ah Meng yang tegap, sesuai dengan statusnya sebagai anak penarik kereta yang tidak mampu membayar ansurans kereta di daerah ini, dia tidak kurang hebatnya dengan Farid.

“Kamu nampak sungai itu?”,Tanya Ah Meng sambil menuding jari ke arah sungai yang terletak lebih kurang 20meter dari tempat kami berdiri.”Apabila jaguh kamu kalah,kamu semua akan dicampakkan ke dalam sungai itu”,kata Ah Meng diiringi gelak ketawa pleh penyokong-penyokongnya.

      Seorang budak lelaki kampung seberang masuk ke gelanggang lalu membuat pengunguman.”Hari ini kita akan menyaksikan perlawanan tinju yang paling hebat. Mereka akan bertinju tanpa memakai sarung tangan,tanpa pengadil dan tanpa undang-undang.Kedua-dua peninju boleh melakukan apa sahaja untuk menang.

“Ini pertarungan maut.Menyalahi peraturan perlawanan tinju.”Aku cuba membuat bantahan tetapi tiada gunanya kerana suaraku tenggelam dek sorakan penonton.Aku lihat jaguh kampung kami berlegar beberapa kali mengelilingi lawannya sambil mengintai peluang untuk melepaskan tumbukan.Jaguh kampung seberang pula nampak gementar dan berundur ke sudut gelanggang.Aku fikir inilah masanya utuk jaguh kampung kami bertindak.Tetapi kesempatan ini tidak digunakannya.Dia seolah-olah membiarkan pertarungan itu berjalan secara adil dan penuh kebijaksanaan.

“Jaguh kami akan menyengat seperti lebah”,teriak penyokong kampung seberang.

“Bolehkan jaguh kamu dinamakan jaguh?Dia lebih sesuai jadi badut sarkas!”Teriak satu suara diiringi gelak ketawa yang sangat menyakitkan hati.

“Jaguh kami seorang pahlawan.Jaguh kamu perempuan!”,jerit Raju pula.Kini giliran kami pula ketawa berdekah-dekah.

Pertarungan sengit yang kami harapkan masih belum terjadi.Ada penonton yang merungut.”Aku datang nak tengok mereka bertinju.Bukannya nak tengok mereka menari.”

     Kedua-dua jaguh seolah-olah takut untuk memulakan serangan dan takut untuk menghadapi serangan lawan.Apabila seorang menyerang,seorang lagi pula mengundur diri dan sebaliknya.Penonton yang bosan mula mambaling objek seperti batu kecil dan ranting ke dalam gelanggang.

Tiba-tiba, suatu yang tidak terduga terjadi di tengah gelanggang.Jaguh kampung kami dan jaguh kampung seberang bersalaman dan berpelukan.

“Apa dah jadi ni?Kenapa tak bertinju?”bentak Raju sambil meluru ke arah gelanggang.

“Kami lebih sayangkan diri kami dari mengikut kemahuan kamu semua”,jawab Ah Meng.”Lagipun perlawanan ini tidak mengikut peraturan yang sebenarnya.Kami mahu perlawanan ini diadakan secara professional.”

“Jangan paksa kami bermusuhan.”kata Wadi pula.”Kami dah jadi sahabat”.Semua yang mendengar terlopong.

    Raju hilang sabar dan cuba mengugut kedua-dua jaguh itu.”Apabila kami bersatu,tiada siapa yang dapat kalahkan kami”balas Ah Meng pula.

    Raju tiada pilihan lalu keluar dari gelanggang dengan rasa kecewa.Kami juga bersurai  meninggalkan tempat tersebut dengan penuh kehampaan.

    Akhirnya,kedua-duanya tetap menjadi jaguh kampung di hati penyokong masing-masing. Raju juga akhirnya memohon maaf kepada Wadi dan Ah Meng.Jadilah mereka bertiga sahabat yang sangat akrab, Wadi,Ah Meng dan Raju.


                                                                                                       



No comments:

Post a Comment