FARID HAKIM BIN MOHD ASERI
BATCH 9
SIAPA YANG SANGGUP KALAU BUKAN DIA
“Tak payahlah!!” ujar Soffia, murid tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Kok Lanas, Kelantan. Merah mukanya bak saga menahan marah terhadap geng 3A.
“Eleh, jual mahal pulak dah” kata Adib, ketua geng 3A.Nama geng itu bermaksud nama ahli-ahlinya; Adib,Arif dan Azim. Soffia menarik muka.Kemarahannya memuncak.Dia tidak tahu mengapa geng itu gemar sekali mengacaunya.” Eh tarik muka pulak.Comel!” laung Arif.Soffiasemakin jauh dari mereka cuba untuk melepaskan diri. Tambahan lagi dia belum menunaikan solat Maghrib.Dia perlu cepat.Belum sempat melangkah lagi jauh, Azim tanpa disedari menghalang laluannya.”Ke tepilah!Dah nk Maghrib!Orang nak balik!” jerit Soffia.”Kot ye pun terimelah dulu.Kitorang ajak ni..” balas Adib. “orang kata tak nak,tak naklah!tak paham bahasa ke?””Ala adik manis.Manja betul dia ni,”ujar Arif sambil menguis pipi Soffia.
Tiba-tiba kedengaran dari jauh sayup sayap suara seseorang melaung.Suara yang amat dikenali bukan sahaja Geng 3A dan Soffia, hampir satu sekolah pasti kecut bila suara itu berbunyi.Namun pemiliknya mempunyai hati yang amat baik serta suka menolong.
“Jangan kacau dia la!Kalau jumpa sekali lagi,siap korang!” kata Yoga dengan nada yang agak tinggi.Sebagai seorang ketua pengawas dua tahun berturut-turut dia perlu tegas agar keamanan dan keselamatan kawan-kawan terjaga.”Blah blah, balak dia da datang”, kata Adib. Mereka terus memecut dengan laju.Tidak sampai seminit sudah hilang dari pandangan. Yoga menuju ke arah Soffia perlahan.
“ Ko ok tak?” tanya Yoga. Soffiahanya mengangguk dan tersenyum.Hatinya berbunga.Bahagia terasa.Alangkah bertuahnya jika sesiapa yg memiliki Yoga.Personaliti yang di minati ramai gadis-gadis remaja di zaman sekolah.
Yoga dan Soffia sudah berkawan sejak kecil lagi. Dahulu mereka berjiran. Mereka sering bersama ke mana pun mereka pergi.Ke sekolah, ke kedai, ke pekan. Tetapi sejak Yoga berpindah ke Bandar, mereka tidak selalu bersama lagi. Walaubagaimanapun, ukhuwwah yang sudah lama terpupuk itu tak mungkin akan pudar dek berjauhan. Namun tak ramai yang menyukai mereka bersama.
Pernah suatu ketika, waktu Yoga dan Soffia berjalan pulang dari sekolah, Zalehah, seorang yang amat membenci ajue menyindir mereka.
“Harap muka je baek.Perangai,macam setan!Menggatal siot,budak tu!”kata Zalehah kepada rakannya yang lain.Berderau darah Soffia mendengar ayat pedas dari Zalehah.Belum sempat dia membidas kata-kata Zalehah, Yoga terlebih dahulu menyekatnya.”SabarSoffi, abaikan diorang tu”,kata Yoga tenang walaupun dia sendiri terusik dengan gurauan kasar Zalehah.Soffia tidak dapat tidak menurut sahaja kata-kata Yoga.Itu cara yang terbaik.Membalas balik sememangnya memuaskan hati,tapi keadaan akan menjadi lebih teruk.Jadi mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Senja kian melabuhkan tirainya.Burung-burung berkicauan memanggil anak-anak pulang, tiong-tiong juga sudah berhenti menyanyi.Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib sudah masuk.Orang ramai berpusu-pusu menuju ke surau berdekatan.
Jam sudah menunjukkan 7 malam. Namun Soffiamasih belum bersiap-siap untuk ke surau bersama emaknya.”Kamu kenapa xbersiap lagi ni?Sudah lewat ni.Cepat-cepat”, sergah Makcik Ani,mak Soffia.
”Mak pergilah dulu,Soffi ingat nak solat dengan ayah,”kata Soffia.Emaknya hanya mengangguk.
Kelibat seseorang berjalan menuju ke rumah kelihatan dari jauh.Soffia menyorot setiap langkah kelibat tersebut sampailah kelibat itu berhenti betul-betul di depan rumahnya.”Ayah!”panggil Soffia.Ayahnya berpaling dan tersenyum hambar.Sambil menaiki tangga, dia mengimbas kembali perbualannya dengan Doktor Yin Ping,kawan rapatnya semasazaman persekolahan dahulu.
“Kalau boleh,dengan segera masuk ke wad.Penyakit kamu perlu segera diubat”,kata Doktor Yin Ping.”Tapi nanti siapa yang akan menanggung anak bini saya.Izinkan saya berbincang dahulu dengan keluarga”,balas ayah Soffia.”tapi razin..”,kata Doktor Yin Ping cuba memujuk.”please Yin Ping,izinkan saya”,minta ayah Soffia lagi.Doktor Yin Ping menggangguk hampa.Dia amat faham dengan sikap kawannya itu.Setelah meminta Doktor Yin Ping merahsiakan penyakitnya, ayah Soffia terus pulang ke rumah dengan wajah yang agak sedih.
Teringatkan kembali saat-saat kawannya yang bertaraf doktor memberitahu dia mempunyai kanser buah pinggang, hatinya ibarat dicucuk jarum-jarum tajam,menembusi urat-urat tua yang sudah tidak bermaya itu.Walaubagaimanapun, dia cuba untuk bermanis muka pabila berhadapan dengan anak gadisnya yang kian meningkat usia remaja itu.
“Kenapa ayah pulang lewat?”tanya Soffia dengan nada kerisauan.”Soffia..Soffia..”,sayup sayap kedengaran orang memanggil dari jauh.Belum sempat ayahnya menjawab soalan itu Soffia terus berlari menuju ke pintu kerana dia pasti orang ‘itu’ yang datang.Yoga melambai-lambai tangan dari jauh sambil berjalan perlahan menuju ke pintu rumah.Mereka sepatutnya perlu menghadiri kelas tambahan seperti biasa pada malam itu.Namun disebabkan kerisauan yang amat sangat terhadap ayahnya, Soffiaterlupa akan janjinya dengan Yoga untuk bersama-sama ke sekolah.
“Ayah,nanti kita sambung berbual-bual ya.Soffi kena bersiap untuk ke kelas tambahan dahulu”, beritahu Soffia kepada ayahnya yang sedang duduk di atas kerusi.Tampak wajah ayahnya sedikit kerisauan namun masa tidak mengizinkan untuk bertanya mengapa.Dia perlu segera bersiap.Jika dia lambat pasti Yoga juga akan lambat ke kelas.
Usai sahaja mandi dan solat, Soffia mencium telapak tangan ayahnya dan terus menuju ke sekolah bersama Yoga.
Subjek matematik malam ini diajar oleh Cikgu Faris terasa mudah.Mungkinkah kerana Cikgu Syamil,guru yang dahulu mengajarnya matematik sebelum ditukarkan ke sekolah lain tidak memberikan penghuraian yang amat tepat dan seunik cikgu Faris.Persoalan itu timbul namun cepat-cepat dialihkan dari pemikiran.Dia perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk memastikan dia tidak lagi mendapat markah yang teruk seperti sebelum ini.Namun hasratnya terbantut dek kala geng 3A membuat bising dari belakang.Sabar.Itu sahaja yang terdetik di hatinya. Jam tepat menunjukkan pukul 10.30 malam menandakan waktu kelas tambahan sudah tamat.Cikgu Faris berpuas hati kerana beliau dapat menghabiskan skop pengajaran seperti yang dirancang.
Sedang Soffiamengemas untuk pulang ke rumah.”Engkau tak risau ke?”tanya Adib.”Risau apa pulak?”,balas Soffia.”Sepatutnya kamu menemani ayah kamu”,sambung adib lagi.Soffia kelihatan terpinga-pinga tidak faham maksud adib. Nampak sahaja Soffia masih tidak faham maksudnya,Adib terus sahaja menerangkan tentang penyakit ayah Soffia.Soffia kelihatan terkejut dan tidak percaya pada mulanya.Tambahan pula Adib, orang yang dibencinya yang memberi khabar.”Sudahlah kau,aku tak percaya.Dan jangan main-main pasal ni boleh!”marah Soffia.Adib kelihatan sedikit kecewa.”Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau,tapi kali ni kau kena percaya aku.Aku terdengar perbualan ayah kau dengan Doktor Yin Ping”,jelas Adib.Sememangnya dia bekerja sambilan sebagai tukang cuci di hospital tersebut.
Soffia tanpa berlengah berlari pulang ke rumah dengan penuh tanda tanya dan kerisauan.Buat pertama kalinya dia mempercayai cakap Adib.Yoga turut serta berlari menuruti langkah Soffia setelah terdengar perbualan antara Soffia dan adib sebentar tadi.
Soffia meluru laju melintasi jalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.Gedebum!!! Ibarat guruh mengaum di langit begitu kuat bunyinya.
“Amin..Alhamdulillah semuanya sudah selesai”,kata doktor pembantu yang mengikuti Doktor Yin Ping dari belakang. Melihatkan wajah itu sihat kembali, hatinya bersinar.’Alhamdulillah’ itu sahaja yang dapat diucapkan di dalam hati.Lega dengan kejayaan Doktor Yin Ping membuat pembedahan.Dia terus ke sekolah.
Saat dia menapak ke kawasan sekolah,jiwanya kosong,Tanpa disedari manik-manik kecil keluar membasahi pipi.Hangat terasa.Dia teringat kenangan bersamanya.Tapi kenapa, kenapa mesti ‘dia’.Persoalan itu bermain di benaknya.
Imbas kembali sewaktu Soffiamelintas jalan.
Suara hon yang kuat dari arah kanan membuatkan Soffiapanik namun entah dari arah mana muncul tangan menariknya tetapi“Gedebum!!!” Yoga terpelanting jauh setelah di rempuh sebuah SRV berwarna kelabu. Soffia masih dalam keadaan panik bergegas berlari menuju kea rah Yoga.”Soffia, selamatkan ayahmu.aku bersedia..untuk menyumbang”,kata Yoga di saat-saat akhir seolah-olah mengetahui tiada hari esok untuknya.Soffia terduduk meraung kesedihan.
Dan sekali lagi di perkarangan sekolah,dia menjerit meratap pemergian Yoga.Sekolah kini dirasakan amat sepi.Sepi.Sepi.
No comments:
Post a Comment