Friday, April 8, 2011

Makluman Hari Kemuncak M1M

Hello Geng PPMK!




Bila Hari Kemuncak Minggu 1Malaysia (M1M) ? 

  • Sabtu (9 April 2011)

Dimana?

  • Di 강당, Dongyang Mirae University (DMU)





Pukul berapa?

  • 10.30 pagi

Kabaddi

Harap video di bawah ini dapat memberi sedikit gambaran kepada peserta Pertandingan Permainan Tradisional untuk perempuan... :)



Peserta wanita jangan malu, kerana anda akan bermain di tempat asing.. Tiada budak lelaki nampak :)

Tentatif Hari Kemuncak M1M





Info Menarik #6

TAHUKAH ANDA....

  • Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnun pada tahun 1933, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarahkan oleh B.S. Rajhann...



  • Kota Baharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Mereka bergerak hanya menggunakan basikal (istilah - Bicycle Blitzkrieg).. Tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura dan berjaya menaklukinya....
  • Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam... Pokok getah ini telah dibwa masuk oleh H. N. Ridley dari London's Kew Gardens pada tahun 1877...
  • Kuala Lumpur merupakan bandaraya terbesar dengan bilangan penduduk 1.809 juta orang diikuti Subang Jaya seramai 1.321 juta orang, Klang seramai 1.055 juta orang, dan Johor Bahru seramai 895 ribu orang..
  • Malaysia merupakan tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan dari 100 negara yang dikaji dan negara kedua paling berdaya saing dalam harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan daripada 124 buah negara yang dikaji....

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan cerpen #3

Muhammad Nor Hanafi bin Sarif 
Batch 7


Kebahagiaan Bertahun-tahun

             Kata orang, “tidak rugi kita berbudi pada tanah”. Mungkin juga itulah antara sebab mengapa Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak memanfaatkan lebih 800 hektar tanah di bawah rancangan FELDA (Federal Land Development Area) atau dahulunya dikenali sebagai LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Di samping berbudi pada tanah, rancangan ini juga adalah salah satu langkah kerajaan untuk membasmi kemiskinan penduduk luar bandar.

             Mengimbau sejarah lebih 30 tahun lalu, ayah adalah salah seorang rakyat bertuah yang terpilih untuk menyertai rancangan FELDA. Ayah memang memiliki pengalaman dalam bidang pertanian di mana beliaulah yang mengusahakan serelung bendang tinggalan arwah atuk sejak ayah baru berusia belasan tahun. Namun, cabaran yang menanti ayah tidak sama dengan apa yang dihadapi di bendang. Ayah yang ketika itu baru berusia awal 20-an merantau jauh ke timur untuk memulakan hidup baru bersama ibu sementara bendang dilepaskan kepada Pak Lang untuk diuruskan.

             Permulaan hidup di FELDA tidaklah semudah yang disangka. Jika di kampung, ayah menguruskan tanah sendiri dan hasilnya dinikmati sebagaimana usaha yang dikerah. Namun, di tempat baru ini, ayah terpaksa hidup dalam keadaan berhutang dengan kerajaan. Dengan diberikan sebuah rumah kayu yang tidaklah sebesar mana, dan 10 ekar tanah untuk diuruskan bersendirian, pendapatan keluarga kami ketika itu cuma RM69 sebulan. dalam kesempitan hidup, bawang, garam dan gula sekalipun terpaksa diselaraskan penggunaannya. Mujurlah bekalan beras diambil dari kampung. Kalau tidak, mungkin lebih sukar lagi hidup ketika itu.

             Untuk meringankan beban kerja ketika itu, peneroka-peneroka akan keluar bekerja di lading bersama dengan isteri masing-masing. Kebiasaannya, mereka akan menghantar anak-anak ke kampung. Namun begitu, ayah mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi ayah, anak-anak mesti dididik oleh ibunya. Jadi, ayah berpendapat biarlah dia bersusah-payah di ladang berseorangan asalkan anak-anaknya mendapat didikan sempurna dirumah. Bagi ayah lagi, perasaan menjaga anak sendiri dan anak orang lain sangat jauh perbezaannya.

             Tahun demi tahun berlalu, pendapatan peneroka meningkat dari semasa ke semasa. Peneroka-peneroka sudah mampu memiliki motosikal. Pada ketika itu, motorsikal Honda C70 memang menjadi kegilaan ramai. Setiap petang, selepas penat bekerja dari pagi sehingga tengah hari, deretan Motorsikal Honda C70 berbaris di hadapan Kedai Kopi Pak Abbas. Tapi, ayah masih lagi dengan basikal tuanya ke sana ke mari. Bukan ayah tak mampu memiliki kenderaan berenjin yang cukup bergaya itu, cuma ayah lebih memilih untuk menyimpan bagi kegunaan anak-anaknya yang semakin membesar.

             Antara perkara yang sukar untuk diterima ialah layanan dan pandangan sebahagian besar masyarakat ketika itu kepada ayah. Ayah dilihat sebagai tiada standard dan tidak mengikut trend semasa. Pernah satu ketika ayah, dengan basikalnya melalui kumpulan bermotorsikal sedang melepak disimpang pada suatu petang. Sapaan ayah langsung tidak dihiraukan oleh mereka malah mereka terus berlalu dari situ dengan angkuh dan sombongnya. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan ayah ketika itu. Namun, ayah sedikit pun tidak menyimpan dendam dihatinya malah redha dengan perbuatan peneroka-peneroka tersebut.

             Masa terus berlalu dengan pantasnya. Sedar tak sedar, segala hutang telah habis dilangsaikan oleh peneroka. Kini, tiada lagi istilah bekerja untuk FELDA sebaliknya, mereka kini menguruskan tanah mereka sendiri seluas 10 ekar. Segala hasil ladang akan dinikmati sepenuhnya oleh mereka. Malah, kerajaan dengan baik hatinya menyediakan subsidi baja kepada semua peneroka.
  
             Ternyata, kesenangan yang dikecapi oleh peneroka-peneroka FELDA ini merupakan satu kejutan budaya atau culture shock bagi mereka. Dalam bahasa yang lebih moden, ianya dipanggil culture syok kerana dalam keadaan terkejut, mereka juga merasa seronok dengan nikmat kekayaan yang melimpah-ruah sehingga ada kisah peneroka yang sanggup membakar duit kertas untuk mencari duit syiling yang terjatuh ketika ingin membuat panggilan di pondok telefon.

             Perkara yang lebih mengecewakan ialah apabila ramai peneroka yang sudah mula lupa daratan dan mula berjudi, mengunjungi kelab-kelab malam dan dangdut, dan berbagai-bagai jenis maksiat yang lain. Di satu sudut yang lain, pecah amanah juga mula berlaku apabila yang ditugaskan mengumpul buah-buah sawit mencuri hasil dari ladang lain dan memasukkan ke dalam bahagiannya. Disebabkan itu, pergaduhan dan permusuhan kian berleluasa dalam masyarakat di tanah rancangan kami.

             Dalam kebejatan sosial di kalangan peneroka, rumah kami sering menjadi tempat mengadu bagi isteri-isteri peneroka. Ramai yang tidak tahan dengan sikap suami mereka yang gemar menjadikan isteri mereka tempat disinggahkan tangan dan kaki mereka. Ada juga yang mengadu tidak diberi nafkah oleh suami yang menghabiskan pendapatan di kedai-kedai nombor ekor dan kelab-kelab malam. Tiada apa yang ayah dan ibu mampu lakukan selain memberi semangat kepada isteri-isteri peneroka di samping ayah cuba bersemuka sendiri dengan peneroka-peneroka terbabit untuk menegur sikap mereka walaupun ayah kembali yang dimaki hamun mereka.

              Kini, generasi kedua FELDA sudah semakin dewasa. Generasi pertama sudah semakin meningkat usia dan ada juga yang sudah pergi menghadap Illahi. Berlakulah perebutan harta pusaka di kalangan anak-anak peneroka sehingga berlaku pergaduhan sesama saudara. Malah, ada yang tidak berpuas hati sanggup membawa diri jauh dari keluarga dan tidak pulang bertahun-tahun lamanya. Bagi yang masih tinggal, tidak sedikit di kalangan mereka yang terjebak dengan najis dadah. Begitulah kegawatan akhlak yang berlaku dalam masyarakat di tanah rancangan FELDA sejak dari dulu, sehinggalah sekarang.

             Namun, sebenarnya masih ramai ahli masyarakat FELDA yang baik-baik dan terjaga akhlaknya. Justeru, mengapa keburukan mereka begitu jelas dan ketara? Jawapannya kerana masyakat di sini masih mengambil berat diantara satu sama lain. Kalau diikutkan, akhlak masyarakat di bandar lebih dahsyat, cuma di sana tiada siapa yang ingin mengambil tahu apa yang dilakukan oleh ahli masyarakat di sekeliling. Yang lebih menyedihkan, ada dikalangan mereka yang langsung tidak mengenali jiran tetangga sendiri berbeza dengan budaya hidup di tanah rancangan yang semuanya mengenali diantara satu sama lain.

             Pokoknya, pesan ayah, walau dimana-mana sekalipun, didikan agama itulah yang paling penting sekali. Kalau didikan agama kita kuat, pergilah kemana-mana pun, atau berlaku perubahan yang besar kepada dunia pun, kita takkan hilang punca. Itulah sebabnya, ayah sentiasa mengutamakan didikan anak-anak sejak dari awal menjejakkan kaki ke tanah rancangan ini. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada anak-anak peneroka yang zaman mudanya dahulu penuh dengan keseronokan dan kemaksiatan, keluarga mereka huru-hara dan porak-peranda. Kebahagiaan yang mereka kecapi dahulu, hanyalah bersifat sementara dan sudah lenyap kini.

             Benarlah kata pepatah cina, “jika inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih. Jika inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok. Dan jika inginkan kebahagiaan seratus tahun, maka didiklah manusia.” Mereka telah bersusah payah berbakti kepada tanah. Memang susah untuk menjaga pokok. Perlu dibaja dan diracun rumpai-rumpai di sekelilingnya dan mereka telah menerima hasilnya-kebahagiaan selama beberapa tahun. Namun, mereka lupa bahawa mendidik manusia itu jauh lebih susah sekalipun mendidik diri sendiri. Kesusahan itulah yang dilalui oleh ayah selama bertahun-tahun sehingga akhirnya kini, ayah sudah boleh tersenyum lebih lama dari itu melihat kejayaan yang dikecapi oleh kami, anak-anaknya 

Pertandingan Cerpen #2

FARID HAKIM BIN MOHD ASERI
BATCH 9


SIAPA YANG SANGGUP KALAU BUKAN DIA

“Tak payahlah!!” ujar Soffia, murid tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Kok Lanas, Kelantan. Merah mukanya bak saga menahan marah terhadap geng 3A.

“Eleh, jual mahal pulak dah” kata Adib, ketua geng 3A.Nama geng itu bermaksud nama ahli-ahlinya; Adib,Arif dan Azim. Soffia menarik muka.Kemarahannya memuncak.Dia tidak tahu mengapa geng itu gemar sekali mengacaunya.” Eh tarik muka pulak.Comel!” laung Arif.Soffiasemakin jauh dari mereka cuba untuk melepaskan diri. Tambahan lagi dia belum menunaikan solat Maghrib.Dia perlu cepat.Belum sempat melangkah lagi jauh, Azim tanpa disedari menghalang laluannya.”Ke tepilah!Dah nk Maghrib!Orang nak balik!” jerit Soffia.”Kot ye pun terimelah dulu.Kitorang ajak ni..” balas Adib. “orang kata tak nak,tak naklah!tak paham bahasa ke?””Ala adik manis.Manja betul dia ni,”ujar Arif sambil menguis pipi Soffia.

Tiba-tiba kedengaran dari jauh sayup sayap suara seseorang melaung.Suara yang amat dikenali bukan sahaja Geng 3A dan Soffia, hampir satu sekolah pasti kecut bila suara itu berbunyi.Namun pemiliknya mempunyai hati yang amat baik serta suka menolong.
“Jangan kacau dia la!Kalau jumpa sekali lagi,siap korang!” kata Yoga dengan nada yang agak tinggi.Sebagai seorang ketua pengawas dua tahun berturut-turut dia perlu tegas agar keamanan dan keselamatan kawan-kawan terjaga.”Blah blah, balak dia da datang”, kata Adib. Mereka terus memecut dengan laju.Tidak sampai seminit sudah hilang dari pandangan. Yoga menuju ke arah Soffia perlahan.

“ Ko ok tak?” tanya Yoga. Soffiahanya mengangguk dan tersenyum.Hatinya berbunga.Bahagia terasa.Alangkah bertuahnya jika sesiapa yg memiliki Yoga.Personaliti yang di minati ramai gadis-gadis remaja di zaman sekolah.

Yoga dan Soffia sudah berkawan sejak kecil lagi. Dahulu mereka berjiran. Mereka sering bersama  ke mana pun mereka pergi.Ke sekolah, ke kedai, ke pekan. Tetapi sejak Yoga berpindah ke Bandar, mereka tidak selalu bersama lagi. Walaubagaimanapun, ukhuwwah yang sudah lama terpupuk itu tak mungkin akan pudar  dek berjauhan. Namun tak ramai yang menyukai mereka bersama.

Pernah suatu ketika, waktu Yoga dan Soffia berjalan pulang dari sekolah, Zalehah, seorang yang amat membenci ajue menyindir mereka.

“Harap muka je baek.Perangai,macam setan!Menggatal siot,budak tu!”kata Zalehah kepada rakannya yang lain.Berderau darah Soffia mendengar ayat pedas dari Zalehah.Belum sempat dia membidas kata-kata Zalehah, Yoga terlebih dahulu menyekatnya.”SabarSoffi, abaikan diorang tu”,kata Yoga tenang walaupun dia sendiri terusik dengan gurauan kasar Zalehah.Soffia tidak dapat tidak menurut sahaja kata-kata Yoga.Itu cara yang terbaik.Membalas balik sememangnya memuaskan hati,tapi keadaan akan menjadi lebih teruk.Jadi  mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Senja kian melabuhkan tirainya.Burung-burung berkicauan memanggil anak-anak pulang, tiong-tiong juga sudah berhenti menyanyi.Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib sudah masuk.Orang ramai berpusu-pusu menuju ke surau berdekatan.

Jam sudah menunjukkan 7 malam. Namun Soffiamasih belum bersiap-siap untuk ke surau bersama emaknya.”Kamu kenapa xbersiap lagi ni?Sudah lewat ni.Cepat-cepat”, sergah Makcik Ani,mak Soffia.

”Mak pergilah dulu,Soffi ingat nak solat dengan ayah,”kata Soffia.Emaknya hanya mengangguk.

Kelibat seseorang berjalan menuju ke rumah kelihatan dari jauh.Soffia menyorot setiap langkah kelibat tersebut sampailah kelibat itu berhenti betul-betul di depan rumahnya.”Ayah!”panggil Soffia.Ayahnya berpaling dan tersenyum hambar.Sambil menaiki tangga, dia mengimbas kembali  perbualannya dengan Doktor Yin Ping,kawan rapatnya semasazaman persekolahan dahulu.

“Kalau boleh,dengan segera masuk ke wad.Penyakit kamu perlu segera diubat”,kata Doktor Yin Ping.”Tapi nanti siapa yang akan menanggung anak bini saya.Izinkan saya berbincang dahulu dengan keluarga”,balas ayah Soffia.”tapi razin..”,kata Doktor Yin Ping cuba memujuk.”please Yin Ping,izinkan saya”,minta ayah Soffia lagi.Doktor Yin Ping menggangguk hampa.Dia amat faham dengan sikap kawannya itu.Setelah meminta Doktor Yin Ping merahsiakan penyakitnya, ayah Soffia terus pulang ke rumah dengan wajah yang agak sedih.

Teringatkan kembali saat-saat kawannya yang bertaraf doktor memberitahu dia mempunyai kanser  buah pinggang, hatinya ibarat dicucuk jarum-jarum tajam,menembusi urat-urat tua yang sudah tidak bermaya itu.Walaubagaimanapun, dia cuba untuk bermanis muka pabila berhadapan dengan anak gadisnya yang kian meningkat usia remaja itu.

“Kenapa ayah pulang lewat?”tanya Soffia dengan nada kerisauan.”Soffia..Soffia..”,sayup sayap kedengaran orang memanggil dari jauh.Belum sempat ayahnya menjawab soalan itu Soffia terus berlari menuju ke pintu kerana dia pasti orang ‘itu’ yang datang.Yoga melambai-lambai tangan dari jauh sambil berjalan perlahan menuju ke pintu rumah.Mereka sepatutnya perlu menghadiri kelas tambahan seperti biasa pada malam itu.Namun disebabkan kerisauan yang amat sangat terhadap ayahnya, Soffiaterlupa akan janjinya dengan Yoga untuk bersama-sama ke sekolah.

“Ayah,nanti kita sambung berbual-bual ya.Soffi kena bersiap untuk ke kelas tambahan dahulu”, beritahu Soffia kepada ayahnya yang sedang duduk di atas kerusi.Tampak wajah ayahnya sedikit kerisauan namun masa tidak mengizinkan untuk bertanya mengapa.Dia perlu segera bersiap.Jika dia lambat pasti Yoga juga akan lambat ke kelas.

Usai sahaja mandi dan solat, Soffia mencium telapak tangan ayahnya dan terus menuju ke sekolah bersama Yoga.

Subjek matematik malam ini diajar oleh Cikgu Faris terasa mudah.Mungkinkah kerana Cikgu Syamil,guru yang dahulu mengajarnya matematik sebelum ditukarkan ke sekolah lain tidak memberikan penghuraian yang amat tepat dan seunik cikgu Faris.Persoalan itu timbul namun cepat-cepat dialihkan dari pemikiran.Dia perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk memastikan dia tidak lagi mendapat markah yang teruk seperti sebelum ini.Namun hasratnya terbantut dek kala geng 3A membuat bising dari belakang.Sabar.Itu sahaja yang terdetik di hatinya. Jam tepat menunjukkan pukul 10.30 malam menandakan waktu kelas tambahan sudah tamat.Cikgu Faris berpuas hati kerana beliau dapat menghabiskan skop pengajaran seperti yang dirancang.

Sedang Soffiamengemas untuk pulang ke rumah.”Engkau tak risau ke?”tanya Adib.”Risau apa pulak?”,balas Soffia.”Sepatutnya kamu menemani ayah kamu”,sambung adib lagi.Soffia kelihatan terpinga-pinga tidak faham maksud adib. Nampak sahaja Soffia masih tidak faham maksudnya,Adib terus sahaja menerangkan tentang penyakit ayah Soffia.Soffia kelihatan terkejut dan tidak percaya pada mulanya.Tambahan pula Adib, orang yang dibencinya yang memberi khabar.”Sudahlah kau,aku tak percaya.Dan jangan main-main pasal ni boleh!”marah Soffia.Adib kelihatan sedikit kecewa.”Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau,tapi kali ni kau kena percaya aku.Aku terdengar perbualan ayah kau dengan Doktor Yin Ping”,jelas Adib.Sememangnya dia bekerja sambilan sebagai tukang cuci di hospital tersebut.

Soffia tanpa berlengah berlari pulang ke rumah dengan penuh tanda tanya dan kerisauan.Buat pertama kalinya dia mempercayai cakap Adib.Yoga turut serta berlari menuruti langkah Soffia setelah terdengar  perbualan antara Soffia dan adib sebentar tadi.

Soffia meluru laju melintasi jalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.Gedebum!!! Ibarat guruh mengaum di langit begitu kuat bunyinya.

“Amin..Alhamdulillah semuanya sudah selesai”,kata doktor pembantu yang mengikuti Doktor Yin Ping dari belakang. Melihatkan wajah itu sihat kembali, hatinya bersinar.’Alhamdulillah’ itu sahaja yang dapat diucapkan di dalam hati.Lega dengan kejayaan Doktor Yin Ping membuat pembedahan.Dia terus ke sekolah.

Saat dia menapak ke kawasan sekolah,jiwanya kosong,Tanpa disedari manik-manik kecil keluar membasahi pipi.Hangat terasa.Dia teringat kenangan bersamanya.Tapi kenapa, kenapa mesti ‘dia’.Persoalan itu bermain di benaknya.
Imbas kembali sewaktu Soffiamelintas jalan.

Suara hon yang kuat dari arah kanan membuatkan Soffiapanik namun entah dari arah mana muncul tangan menariknya tetapi“Gedebum!!!” Yoga terpelanting jauh setelah di rempuh sebuah SRV berwarna kelabu. Soffia masih dalam keadaan panik bergegas berlari menuju kea rah Yoga.”Soffia, selamatkan ayahmu.aku bersedia..untuk menyumbang”,kata Yoga di saat-saat akhir seolah-olah mengetahui tiada hari esok untuknya.Soffia terduduk meraung kesedihan.

Dan sekali lagi di perkarangan sekolah,dia menjerit meratap pemergian Yoga.Sekolah kini dirasakan amat sepi.Sepi.Sepi.







Pertandingan Cerpen #1

Anis Abdullah
Batch 9


TIGA JAGUH



“Hidup jaguh kampung kita!”.Aku berteriak penuh semangat sambil mengangkat tangan Wadi dan menjulangnya hingga melewati paras kepala.

     Wadi tersenyum bangga sambil mempamerkan gigi rongaknya. Menurut Wadi, dua batang giginya patah ketika perlawanan bola sepak dengan budak kampung seberang. Ceritanya,dia berjaya mengelecek bola hingga ke kotak penalti, tetapi sebelum sempat menyepak bola di kakinya, dia dirempuh oleh pemain lawan.Akibatnya, dia bukan sahaja gagal menjaringkan bola,malah kehilangan dua batang giginya. Menurutnya lagi, dendamnya terhadap budak-budak kampung seberang itu masih belum padam.”Aku mesti tewaskan jaguh kampung seberang”, teriak Wadi penuh semangat.

      Cuaca panas awal bulan Mac hari itu turut membakar semangat kami.Angin yang bertiup dari Banjaran Titiwangsa tidak dapat meredakan perasaan kami.Sawah yang terbentang meluas dengan pokok padi menghijau dan melambai-lambai ditiup angin tidak lagi menarik perhatian.Semuanya tidak dapat meredakan semangat yang berkobar-kobar dalam dada kami untuk mengalahkan kampung seberang.

“Jom!Kita bertolak sekarang!”ajak Wadi kepada kumpulan penyokong setianya .

“Tunggu dulu.Macam ada benda lain yang tertinggal!”teriak Basit sambil memandangku. Mana kamera tu Farid?”aku mengeluarkan sesuatu dari beg sandang.”Aku tak lupalah bawa benda ni.Percayalah perlawanan ini akan jadi kenangan kita sepanjang hayat”.

“Aku rasa ada satu lagi benda yang tertinggal”, kata Raju pula dengan wajah yang serius gaya PK Hem memberi ceramah kepada para pelajar.

“Maksud kau air masak?”Tanya Wadi.Mustahil benda itu boleh tertinggal.

“Ada kat tangan aku ni.” jawab Bobon sambil mengangkat bekas berisi air minuman.

“Maksud aku senjata kita.”Raju cuba mengingatkan senjata paling popular di kalangan anak-anak kampung seperti kami.”Aku rasa baik kita bawa lastik dengan peluru batunya sekali siap-siap”.

‘Kita nak menyaksikan perlawanan tinju bukannya nak melastik burung”, jawab Arif pula.”Lagipun,aku dah tak mahu menyiksa burung.Mereka pun makhluk yang perlu dilindungi”.

“Maksud aku begini”,kata Raju dengan nada suara yang lembut.”Jika kita diserang oleh budak kampung seberang,kita boleh guna senjata yang ampuh itu untuk ajar mereka.”

“Aku tak setuju.Kalau kena mata, boleh buta tahu tak?”, aku pula membantah.

“Baiklah”,ujar Raju.Akhirnya kami mencapai kata sepakat tidak membawa senjata itu.Malah kami juga bersepakat untuk tidak lagi melastik burung.Lebih baik kami bermain bola sepak.Siapa tahu kami mungkin mewakili negara suatu hari nanti.

“Ayuh kita bertolak sekarang,”,gesa Wadi seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertarung dengan lawannya itu.Kami pun bergerak menuju kampung seberang yang letaknya tidak jauh dari kampung kami.Kedua-dua kampung hanya dipisahkan oleh ladang getah di sebelah darat dan sawah padi di sebelah baruh.Kalau berjalan kaki,boleh ikut jalan pintas yang hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Kalau menaiki kenderaan, tentulah perjalanannya lebih pantas. Namun untuk perjalanan menebus maruah ini,kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki.Di sepanjang perjalanan itu, kami menyanyikan lagu “Malaysia Berjaya” diselang-seli dengan teriakan “kita boleh” dan “yakin boleh” hingga ada yang suara berubah menjadi serak.Sakit tekak barangkali.

     Apabila sampai di tempat yang dijanjikan,iaitu di satu kawasan padang rumput berhampiran dengan sebatang sungai,kelihatan budak-budak kampung seberang sudah menunggu.Sebuah gelanggang tinju telah pun disediakan.Tali yang biasanya digunakan untuk mengikat lembu atau kerbau,diikat pada empat batang pokok dan terbentuklah sebuah gelanggang tinju.Penonton kelihatan berkumpul membentuk satu bulatan besar mengelilingi gelanggang.

“Kali ini giliran kita mengalahkan mereka di gelanggang tinju.Dan mereka akan menjadi bahan sendaan kita”suara Bobon didengar oleh budak-budak kampung seberang.

Ah Meng,ketua mereka menjawab,”Lupakan saja keyakinan kamu itu. Kami bukan sahaja hebat di dalam gelanggang,malah kami juga hebat kalau berlawan dengan kamu semua di luar gelanggang”

      Kami berpandangan sesama sendiri sambil menahan perasaan marah.Melihatkan keadaan itu,Ah Meng terus menunjuk lagak berani di hadapan penyokong-penyokongnya. Memang tidak dinafikan,melihat susuk badan Ah Meng yang tegap, sesuai dengan statusnya sebagai anak penarik kereta yang tidak mampu membayar ansurans kereta di daerah ini, dia tidak kurang hebatnya dengan Farid.

“Kamu nampak sungai itu?”,Tanya Ah Meng sambil menuding jari ke arah sungai yang terletak lebih kurang 20meter dari tempat kami berdiri.”Apabila jaguh kamu kalah,kamu semua akan dicampakkan ke dalam sungai itu”,kata Ah Meng diiringi gelak ketawa pleh penyokong-penyokongnya.

      Seorang budak lelaki kampung seberang masuk ke gelanggang lalu membuat pengunguman.”Hari ini kita akan menyaksikan perlawanan tinju yang paling hebat. Mereka akan bertinju tanpa memakai sarung tangan,tanpa pengadil dan tanpa undang-undang.Kedua-dua peninju boleh melakukan apa sahaja untuk menang.

“Ini pertarungan maut.Menyalahi peraturan perlawanan tinju.”Aku cuba membuat bantahan tetapi tiada gunanya kerana suaraku tenggelam dek sorakan penonton.Aku lihat jaguh kampung kami berlegar beberapa kali mengelilingi lawannya sambil mengintai peluang untuk melepaskan tumbukan.Jaguh kampung seberang pula nampak gementar dan berundur ke sudut gelanggang.Aku fikir inilah masanya utuk jaguh kampung kami bertindak.Tetapi kesempatan ini tidak digunakannya.Dia seolah-olah membiarkan pertarungan itu berjalan secara adil dan penuh kebijaksanaan.

“Jaguh kami akan menyengat seperti lebah”,teriak penyokong kampung seberang.

“Bolehkan jaguh kamu dinamakan jaguh?Dia lebih sesuai jadi badut sarkas!”Teriak satu suara diiringi gelak ketawa yang sangat menyakitkan hati.

“Jaguh kami seorang pahlawan.Jaguh kamu perempuan!”,jerit Raju pula.Kini giliran kami pula ketawa berdekah-dekah.

Pertarungan sengit yang kami harapkan masih belum terjadi.Ada penonton yang merungut.”Aku datang nak tengok mereka bertinju.Bukannya nak tengok mereka menari.”

     Kedua-dua jaguh seolah-olah takut untuk memulakan serangan dan takut untuk menghadapi serangan lawan.Apabila seorang menyerang,seorang lagi pula mengundur diri dan sebaliknya.Penonton yang bosan mula mambaling objek seperti batu kecil dan ranting ke dalam gelanggang.

Tiba-tiba, suatu yang tidak terduga terjadi di tengah gelanggang.Jaguh kampung kami dan jaguh kampung seberang bersalaman dan berpelukan.

“Apa dah jadi ni?Kenapa tak bertinju?”bentak Raju sambil meluru ke arah gelanggang.

“Kami lebih sayangkan diri kami dari mengikut kemahuan kamu semua”,jawab Ah Meng.”Lagipun perlawanan ini tidak mengikut peraturan yang sebenarnya.Kami mahu perlawanan ini diadakan secara professional.”

“Jangan paksa kami bermusuhan.”kata Wadi pula.”Kami dah jadi sahabat”.Semua yang mendengar terlopong.

    Raju hilang sabar dan cuba mengugut kedua-dua jaguh itu.”Apabila kami bersatu,tiada siapa yang dapat kalahkan kami”balas Ah Meng pula.

    Raju tiada pilihan lalu keluar dari gelanggang dengan rasa kecewa.Kami juga bersurai  meninggalkan tempat tersebut dengan penuh kehampaan.

    Akhirnya,kedua-duanya tetap menjadi jaguh kampung di hati penyokong masing-masing. Raju juga akhirnya memohon maaf kepada Wadi dan Ah Meng.Jadilah mereka bertiga sahabat yang sangat akrab, Wadi,Ah Meng dan Raju.